BANDARAYA MELAKA - Kerjasama pintar antara kerajaan negeri dan Telekom Malaysia (TM) telah memberi impak positif kepada industri pelancongan negeri dengan menyaksikan peningkatan peratusan ketibaan pelancong.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerjasama kedua pihak dalam membangunkan aplikasi pelancongan pintar mendapat maklum balas positif daripada penggiat industri sehingga banyak mendapat tempahan pelancongan luar Melaka.

Menurutnya, kerjasama dengan TM sudah dimulakan dengan kerjasama membangunkan aplikasi Destination Melaka sebelum diteruskan dengan Melaka755 Quest.

“Aplikasi Destination Melaka telah dibina bagi meningkatkan sektor pelancongan menerusi promosi perkhidmatan secara dalam talian. Ini sekali gus memudahkan pelancong dalam dan luar negara mendapat maklumat terkini mengenai penginapan, tempat menarik, kawasan bersejarah, kalendar festival dan sebagainya.

“Syabas TM dan Tourism Melaka atas usaha sama serta inisiatif yang kreatif dan inovatif ini,” katanya semasa merasmikan Pusat Panggilan TM, di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman berkata, pusat panggilan yang dirasmikan itu merupakan Pusat Panggilan TM yang keempat di Malaysia selepas Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuching.

Menurutnya, pembukaan pusat panggilan itu juga dijangka akan mewujudkan lebih 400 peluang pekerjaan untuk penduduk negeri ini.

“Dengan adanya pusat panggilan yang beroperasi 24 jam ini, ia membolehkan pihak kita menangani apa jua isu dihadapi pelanggan dengan pantas dan berkesan.

“Pembukaan pusat panggilan ini juga tepat pada masanya memandangkan di Melaka sahaja, kita menerima lebih 500,000 panggilan setiap bulan,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka akan memberikan ganjaran sebagai menghargai sumbangan jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
  • BANDARAYA MELAKA - Kerajaan negeri tidak bercadang untuk mewajibkan pemilik premis berlesen di negeri ini mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan tahun ini.
  • MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan memanggil semua pegawai dari empat agensi yang terlibat dalam kegagalan mengurus tadbir agensi kerajaan terbabit seperti yang ditemui dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1.
  • MELAKA - Kerajaan negeri Melaka hari ini menafikan tentang kewujudan bonus Bantu Rakyat Melaka (BRAM) sebanyak RM750 kepada rakyat yang berumur antara 16 hingga 55 tahun dilahirkan di Melaka, yang tular di laman sosial.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.