GEMAS – Pencarian seorang abang terhadap adiknya berakhir dengan penemuan menyayat hati apabila adiknya ditemui tergantung di dalam stor tempat simpanan barangan rumah mereka di Felda Jelai 2, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, mangsa berusia 26 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari klinik kesihatan berhampiran.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak, kira-kira jam 11.50 malam, anggota di Balai Polis Gemas telah menerima maklumat daripada anggota Pondok Polis Jelai berhubung dengan insiden berkenaan.

"Mangsa yang tidak bekerja merupakan seorang pesakit mental yang mana dalam tempoh tiga minggu lepas, mangsa telah dirawat di wad psikiatri Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban dan keluar dari wad tengahari sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Sebelum ini, mangsa pernah ditangkap atas kesalahan narkotik dan urin positif dadah jenis Meth pada 30 September lalu," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, tadi.

“Mayat telah di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan hasil bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan gantung diri," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki ditemui dengan beberapa kesan kecederaan di badannya dipercayai dibunuh, dalam longkang sebuah stesen minyak di Jalan Jelawat 2, Seberang Jaya di sini petang tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim 9 (DM9) Terengganu tidak menolak kemungkinan dua mayat ditemui terapung pada Sabtu dan Ahad lalu di perairan Marang berhampiran Pulau Kapas adalah mayat nelayan tempatan.
  • KLANG - Gara-gara terkejut selepas bertembung dengan seorang penduduk, dua lelaki bertindak meninggalkan mayat yang dibungkus dengan selimut di tepi Jalan Kasban, Meru, di sini pagi tadi.
  • MARANG - Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa sebarang identiti ditemukan dalam keadaan terapung di kawasan perairan Marang dekat Pulau Kapas di sini, tengahari tadi.