SEREMBAN - Pas malam ini mengumumkan bertanding di 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan semua lapan Parlimen di Negeri Sembilan dalam PRU14.

Parti itu buat pertama kali turut memilih seorang calon bukan Islam, Yaw Con Seng, 63, yang merupakan ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) untuk mewakili parti itu di Dun Temiang. Parti  itu menampilkan 90 peratus calon muka baharu termasuk dua calon wanita, selain mengekalkan lima calon lama.

Pengumuman calon diumumkan Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun dalam Majlis Pengisytiharan Calon dan Manifesto PRU14 Pas Negeri Sembilan di Kompleks Latihan Islam, Kampung Ismail, Ampangan di sini, semalam.  

Parti itu turut melancarkan manifesto yang mengandungi lima teras dan 13 tawaran kepada rakyat.  

Pada PRU13, Pas bertanding di 12 daripada 36 kerusi Dun dan tiga Parlimen di negeri ini.