MELAKA - Sekumpulan pemandu bas henti-henti Panorama Melaka Sdn Bhd berhimpun di Hentian Bas dan Teksi Melaka Sentral hari ini bagi membantah tindakan syarikat membuat laporan polis terhadap beberapa pemandunya.
Akibat bantahan selama tiga jam bermula pukul 8 pagi itu, operasi 35 buah bas milik syarikat berkenaan ke semua destinasi di negeri ini dan Muar terhenti menyebabkan lebih 100 penumpang terkandas.
Wakil kumpulan 53 pemandu terbabit, Rosman Wahab berkata mereka juga tidak puas hati terhadap kenyataan yang dikeluarkan syarikat di sebuah akhbar sehingga memberi imej buruk kepada semua pemandu bas Panorama Melaka
"Sebelum ini mereka kata kami (pemandu) lakukan penyelewengan menyebabkan syarikat kerugian puluhan ribu ringgit padahal ia hanya melibatkan beberapa pemandu sahaja," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Katanya bantahan juga bagi meminta pengurusan syarikat menarik balik laporan polis terhadap lima pemandu bas terbabit yang dikatakan mengambil duit tambang daripada penumpang tanpa mengeluarkan tiket.
Beliau berkata masih ada pendekatan lain yang boleh diambil syarikat dalam menangani isu tersebut termasuk mengeluarkan surat amaran atau memberhentikan pemandu terbabit.
Sementara itu, Pengurus Besar Panorama Melaka Mohd Farouk Mohd Sultan berkata pihaknya kecewa dengan tindakan pemandu berkenaan sehingga menyebabkan orang awam mengalami kesukaran.
Beliau berkata pihaknya akan menyelesaikan perkara tersebut secara berhemah namun tidak berjanji untuk menarik semula enam laporan polis yang telah dibuat antara 21 Jun hingga 2 Julai lepas.
Katanya setakat ini hanya dua pemandu yang didakwa melakukan kesalahan mengambil duit tanpa mengeluarkan tiket ditahan polis untuk siasatan namun mereka tidak digantung kerja atau dibuang kerja.
"Tindakan menarik laporan polis bukan hak saya sebaliknya ia keputusan pihak pengurusan atasan," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata laporan polis tidak akan dilakukan pada masa depan dengan syarat kejadian penyelewengan seumpama itu tidak berulang. - Bernama
53 pemandu bas henti-henti protes tindakan syarikat
Artikel Berkaitan
- PBTM Melaka terima RM1,000 geran tahunan
- Bandaraya Melaka dilanda jerebu
- Menara Taming Sari tarik 3.3 juta pelancong
- Sanggup tendang pegawai JKM
- Mungkin saman penganjur
- Resipi asam pedas Melaka bakal dipatenkan
- Tiga pulau jadi aset berharga
- Jual shisha akan kekal haram
- Pusat jagaan, perlindungan diminta daftar dengan JKM
- Kubur 100 tahun dipindahkan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- 'Ajar' anak tiri dengan besi
- Risiko rumah tepi padang
- Masih tiada perubahan
- Kepala anak makin membesar
- Pemuda dipenjara kerana tipu ibu sendiri
- Taman permainan terbiar
- 'Pilih harta atau nyawa'
- Janji pilihan raya tertunai
- Warga emas maut, kereta bertembung lori
- Diseret anjing sejauh 10 meter
- Misteri tapak kaki terungkai
- Bergelut dengan penyamun
- Bangunkan pekan koboi
- Persimpangan Batu Kikir-Bahau dinaiktaraf
- Bayi disuntik tiga kali sehari
- Ikan kelisa RM40,000 hangus
- PBTM Melaka terima RM1,000 geran tahunan
- Dr Awaludin dilantik Speaker Dun Negeri Sembilan
- Hasil titik peluh akhirnya lebur
- 'Kami orang susah, tak ada kerja'




