BACHOK - Seorang warga emas berusia 68 tahun antara yang ditahan anggota penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi bersepadu yang diadakan bersama Majlis Daerah Bachok (MDB) dekat sini.

Lelaki warga emas itu ditahan bersama dua lelaki lain berusia 23 hingga 34 tahun di sebuah rumah di Kampung Perupuk yang dijadikan sebagai sarang penagihan dadah.

Warga emas itu yang sudah mempunyai empat cucu dan mendakwa baru sahaja tiga bulan terlibat dengan dadah.

Ketua Pegawai AADK Bachok, Abdullah Ali berkata, kenyataan warga emas itu bagaimanapun diragui dan selepas disoal siasat barulah dia mengaku bahawa sudah lebih 30 tahun terlibat dadah.

“Mulanya dia katanya baru sahaja terlibat dengan dadah ini kerana terpengaruh dengan budak- budak yang hisap dadah depan dia. Namun, selepas didesak barulah dia mengaku bahawa dah lebih 30 tahun mengambil dadah ketika bekerja di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

“Suspek licik dan sebelum ini tidak pernah ditangkap selama terlibat dengan dadah. Masa di Kuala Lumpur dahulu dia ambil ‘ice’ tetapi lepas balik Kelantan dia ambil ganja sebab ‘ice’ susah nak dapat di sini. Suspek menjadikan rumahnya sebagai sarang dadah untuk rakan- rakannya dan mereka pula menaja dadah untuknya,” katanya yang menjalankan operasi bersepadu bersama Majlis Daerah Bachok (MDB).

Beliau berkata, hasil ujian saringan urin warga emas itu telah disahkan positif dadah jenis syabu.

Abdullah berkata, dalam operasi itu, keseluruhannya 14 orang disyaki penagih dadah telah ditahan dalam operasi itu untuk ujian urin saringan urin.

Tujuh daripada mereka didapati positif dadah jenis methampetamine@ pil kuda dan syabu. Semua suspek berusia dalam lingkungan umur 18 hingga 68 tahun. 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENDANG - Seorang warga emas yang hilang keupayaan untuk berjalan dan hanya mampu menggesot kini bergantung harap kepada adiknya untuk meneruskan kehidupan.
  • YAN - Masyarakat sekitar daerah ini digesa untuk memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis dalam memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur sanggup berada dalam keadaan tidak selesa selepas bertindak menyembunyikan dadah dalam seluar dalam yang sedang dipakainya bagi mengelak dicekup polis dalam satu kejadian di Kampung Jeram, Manir, di sini, Ahad lalu.
  • IPOH - Polis Kontinjen Perak mencatatkan nilai rampasan keseluruhan jenis dadah sebanyak RM12.4 juta pada tahun lalu.
  • PENDANG - Seorang tokan dadah berusia 41 tahun antara 33 penagih dadah yang dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kubang Pisang, semalam.