KOTA BHARU – Usia kini bukan lagi penghalang untuk orang ramai mendalami kalam ALLAH SWT dengan teknik penguasaan bacaan al-Quran tiga hari iaitu Cordobana.

Bagi peserta kelas Cordobana siri keempat di Kelantan, Azizah Arifin, 46, berkata, sudah menjadi cita-cita bagi seorang muslim sejati mendalami al-Quran sebagai bekalan di Akhirat dan rasa kekok berikutan faktor usia perlu diketepikan.

“Saya mahu mengaji dan belajar al-Quran, jadi saya ketepikan perasaan malu dan saya hadir program hari ini, tambah pula anak-anak semua belajar di sekolah tahfiz.

“Niat untuk belajar sudah lama tetapi tidak jumpa kelas yang sesuai. Kini saya tekad untuk mengenal al-Quran dengan lebih jauh, harap Ramadan kali ini saya mampu membaca dan bertadarus al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, sedar dengan kelemahan diri yang tidak lancar membaca al-Quran dia rasa terpanggil untuk belajar.

“Asasnya memang ada cuma bacaan tidak lancar ada juga surah-surah yang tidak dapat di baca tanpa panduan atau guru, mujur suami dan anak-anak sentiasa memberikan semangat untuk saya belajar semula.

“Masuk hari kedua (semalam) saya sudah mula memahami dan mengadaptasi cara teknik Cordobana yang lebih mudah, alhamdulillah perkembangan semakin baik di mana tahap bacaan saya makin bertambah lancar,” katanya.

Jelajah ilmu teknik Cordobana akan ke Sungai Petani, Kedah pada 26 hingga 28 Mei ini dan di Melaka pula pada 3 hingga 5 Jun. Ia turut menjelajah ke Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang selepas Aidilfitri nanti.

Untuk tempahan tempat dan maklumat boleh hubungi Ketua Pegawai Operasi Akademi Cordoba Sdn Bhd, Azam Aris di talian 0192165175.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Bersantai bersama keluarga, beriadah di taman, membaca al-Quran di tempat terbuka, dan mempunyai pilihan untuk mengambil makanan dan barangan secara percuma. Itu situasi pada pagi Ahad di Taman Tasik Datuk Keramat, di sini, hari ini.
  • HULU TERENGGANU - Biarpun sudah menginjak usia 66 tahun dan telahpun miliki sijil Dirasat daripada Kolej al-Quran Terengganu (KQT), namun ia tidak dijadikan alasan bagi seorang warga emas daripada Kampung Paya Besar untuk terus mendampingi kalam suci al-Quran.
  • LUMUT - Bayt al-Ikhlas yang dibangunkan oleh Yayasan Nur Ikhlas menyediakan sistem pendidikan berteraskan pengajian al-Quran dan akademik bagi melahirkan generasi seimbang dunia dan akhirat.
  • KOTA BHARU - Akhlak al-Quran perlu dijadikan asas dalam pembentukan kanak-kanak di awal usia bagi menjadikan mereka insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
  • SABAK BERNAM - Mengamalkan bacaan al-Quran dan hadis dua kali setiap hari merupakan rahsia kejayaan seorang murid cemerlang dalam UPSR.