GUA MUSANG - Tiada kes terbaharu yang dilaporkan berkaitan wabak selesema burung atau virus Avian Influenza (H5N1) yang melanda Kelantan sejak bulan lalu.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata, ia merupakan berita baik dan diharapkan tiada kes baharu buat masa akan datang.

Bagaimanapun, kata beliau, rakyat diminta terus memberikan kerjasama yang baik kepada semua jabatan yang terlibat dalam usaha mengekang jangkitan ini dari terus merebak.

"Meskipun keadaan terkawal, namun pemindahan unggas juga tidak dibenarkan buat masa ini dan rakyat diminta mematuhi arahan dalam masa terdekat ini.

"Langkah ini diambil bagi memberi kebaikan kepada rakyat khususnya penternak. Pun begitu, buat masa ini, belum ada pengisytiharan bebas wabak.

"Namun, ada jangka masa yang tertentu setelah tempoh beberapa hari selepas kes terakhir," katanya ketika merasmikan Karnival Bertani Satu Ibadah di tapak pasar malam, Felda Chiku 3, di sini.

Turut hadir, Ketua Jajahan Gua Musang, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusoff.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan sejak 59 hari lepas, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
  • GUA MUSANG - Operasi sekatan sebagai langkah pencegahan penularan wabak selesema burung (H5N1), di daerah ini masih diteruskan.
  • TEMERLOH - Penternak ayam kampung di sini bimbang wabak selema burung (H5N1) yang melanda Kelantan akan merebak di negeri ini menerusi penyebaran melalui ayam sabung.
  • KOTA BHARU - Tiada lokasi baharu yang positif wabak selesema burung (H5N1) di Kelantan sejak semalam, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan (JPVK).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.