KOTA BHARU - Bersatu Kelantan mengesahkan tidak menghantar sebarang nama  calon untuk lantikkan senator mahupun jawatan bagi mengetuai mana-mana agensi Kerajaan Pusat di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Kamarudin Mohd Noor berkata, pihaknya menyerahkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menentukan keputusan terbaik bagi mana-mana jawatan yang sepatutnya dilantik.

"Kita tidak serah sebarang nama dan  memberi kepercayaan penuh kepada Tun. Beliau tahu  apa yang perlu dilakukannya sebagai pemimpin ber pengalaman, " katanya selepas mengadakan sesi santai bersama media  Kelantan pagi ini.

Terdahulu semalam, Presiden Amanah, Mohammad Sabu berkata, pihaknya menghantar sekurang-kurang lima calon untuk dilantik sabagai senator.

Kamaruddin dalam masa yang sama turut bersetuju jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dilantik sepenuhnya daripada golongan profesional.

Bagaimanapun katanya, untuk jawatan pengerusi, ia perlu dibuat melalui saluran politik.

"Fungsi pengerusi berbeza dari CEO, pengerusi bersifat  tidak eksekutif dan tugasnya memastikan agensi tidak lari dasar selain menjadi pengantara kerajaan," katanya.