RANTAU PANJANG - Potongan sehingga 70 peratus pelbagai barangan yang ditenggelami banjir menjadi rebutan pengunjung di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, semalam.

Selepas lima hari Rantau Panjang dipenuhi air sehingga dua meter, peniaga mula meninjau kerosakan serta kerugian yang dihadapi.

Peniaga, Abdullah Yakob berkata, dia tidak sempat menyelamatkan barang niaga kerana air naik mendadak.

Malah katanya, melihat keadaan cuaca yang baik sebelum ini, dia menganggap banjir kali ini tidak seteruk bah kuning 2014 lalu.

“Disebabkan kecuaian saya itu, saya rugi belasan ribu ringgit sebab sebahagian besar produk pakaian saya basah dan kotor.

“Saya terpaksa beri potongan hingga 70 peratus, sekurang-kurangnya dapat kurangkan kerugian yang dihadapi,” katanya.

Sementara itu, peniaga, Rosi Zainal Abidin, 30, berkata, dia tidak dapat tidur sepanjang lima hari banjir di pekan ini.

Menurutnya, dia terkenangkan pakaian dan selimut tebal yang tidak sempat dialihkan ke tempat tinggi.

Katanya, banjir yang naik terlalu cepat ketika tengah malam itu menyebabkan semua barang niaga di rak bawah tidak dapat diselamatkan.

“Sebelum ini selimut tebal berserta cadar, tilam, saya jual lebih RM150 tapi hari ini saya terpaksa jual dengan harga RM35 sahaja,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUKAH - Kira-kira 1,350 penghuni rumah panjang dan penduduk kampung di kawasan Tanjung Pedada, Sungai Mukah, 27 kilometer dari sini terjejas hubungan darat apabila sebahagian jalan utama menghubungi kawasan itu ditenggelami banjir.
  • MERSING - Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya apabila kesemua pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka sejak Khamis lalu ditutup dan mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, jam 6 petang tadi.
  • JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah negeri ini turun mendadak kepada 289 orang daripada 68 keluarga setakat 3 petang ini berikutan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
  • MIRI - Seramai 223 murid dari tiga sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada pagi ini setelah banjir melanda berikutan hujan lebat sejak semalam.
  • JOHOR BAHRU - Angka mangsa banjir yang masih berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini menurun sedikit pada pagi ini iaitu daripada 1,361 orang pada malam tadi kepada 1,360.