KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mencari seorang lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan pihaknya.

Lelaki berkenaan, Norshah Abdul Rahman dikesan mempunyai dua alamat terakhir di Taman Makmur Kok Lanas dan Kampung Padang Lembek, Ketereh, Kelantan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Anis Sofiah Che Hashim di talian 012-9483960 atau SPRM Kelantan di talian 09-7661800.