GUA MUSANG - Sebut sahaja ular jenis apa, seorang peneroka dari Felda Chiku 7 ini mampu menjinakkannya dengan mudah!

Hanya beberapa saat, tidak kira sebesar atau sebisa mana, Mat Nor Daud, 56, berjaya menjinakkan haiwan berbisa itu dengan cara tersendiri.

Akui Mat Nor atau lebih mesra disapa Pok Nor, ilmu menundukkan ular itu diperoleh daripada guru di Pattani, Thailand.

“Lebih kurang 30 tahun lalu, saya mempelajari ilmu menjinakkan ular selama dua tahun. Namun, ilmu itu disimpan kemas tanpa dipraktikkan kerana arwah isteri, Allahyarham Kiah Mamat, takut dengan ular.

“Setelah dia meninggal dunia 10 tahun lalu, saya mula bermain ular dan sepanjang tempoh itu, tiga kali saya dipatuk ular senduk tapi, Alhamdulillah saya mampu merawat sendiri bisa ular.

“Ular yang paling besar pernah saya tangkap adalah ular tedung selar iaitu seberat 24 kilogram. Namun, saya lepaskan semula selepas itu kerana ular tidak boleh dipelihara kerana ia akan makin kurus,” katanya.

Selain berkebolehan menangka ular, Pok Nor juga boleh merawat orang yang dipatuk ular dengan membuang bisa tersebut.

“Alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya boleh merawat bisa ular. Namun, saya terkilan kerana tidak mempelajari ilmu-ilmu menjinakkan haiwan lain sebelum guru saya itu meninggal dunia.

“Selain minat, saya bersyukur ilmu dipelajari mampu membantu orang dalam kesusahan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - “Kami bagaikan tidak percaya kerana menemukan sarang tebuan sepanjang dua meter dengan lebar satu meter melekat di sebuah almari perhiasan,”kata Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarjan Majeran Lon.
  • KUANTAN - Notis gangguan bekalan air yang berlaku di hampir sebahagian daerah ini sejak jam 10 pagi semalam berpunca ekoran paras air Sungai Kuantan di muka sauk Kobat di sini yang menurun dilanjutkan hari ini sehingga diberitahu kelak.
  • NILAI - Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sentiasa memantau kawalan harga, bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan.
  • KUALA LIPIS - Hasrat seorang pemandu lori untuk pulang ke rumahnya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 10.15 malam tadi.
  • BATU PAHAT - “Bersyukur saya akhirnya dapat juga miliki rumah sendiri, jika tidak selama ini saya hanya menyewa sahaja. Rasanya dekat 20 tahun saya menyewa rumah,” kata Zurinah Taib, 46.