KOTA BHARU - Dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan serta keamanan negara, pasukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan masih berpeluang menyempurnakan ibadah korban.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman yang mewakili Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan pada majlis itu berkata,  program tersebut adalah aktiviti tahunan sebagai mengingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.

"Majlis penyembelihan lembu bermula jam 8.30 pagi membabitkan 300  pegawai dan anggota serta ahli keluarga di IPK.

"Dua lembu dengan anggaran nilai RM10,000 ini adalah sumbangan oleh orang perseorangan," katanya di sini.

Menurutnya, program juga bertujuan merapatkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan anggota.

"Walaupun kami sibuk menjalankan tugas harian, tidak menjadi halangan untuk kami menjalankan ibadat korban secara berkumpul beramai-ramai.

"Pada majlis ini juga jamuan makan disediakan kepada warga IPK yang turut dimasak sendiri oleh kalangan kami di sini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PAGOH - Orang ramai yang mahu melaksanakan ibadah korban bersempena perayaan Aidiladha nanti diingatkan supaya memohon permit berkaitan terlebih dahulu dalam mengelakkan sebarang permasalahan berhubung tahap kesihatan haiwan sembelihan terbabit.
  • ALOR SETAR - Umat Islam dinasihatkan meneliti latar belakang pembekal lembu bagi mengelak menggunakan lembu yang dicuri atau diseludup untuk tujuan ibadah korban sempena sambutan Aidil Adha.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.