KOTA BHARU - Badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Anti Pengkhianat Islam (AP) menggesa pihak berkuasa menyiasat lebih lanjut penyebaran Murtads In Pantai Timur di laman sosial Facebook yang didakwa menghina Islam.

Wakilnya, Azman Salleh berkata, kewujudannya disedari NGO tersebut tengah hari kelmarin, apabila ia tersebar di Facebook dan WhatApps.

“Tengah hari semalam (kelmarin), saya dapati terdapat 400 ‘like’ daripada pengunjung Facebook dan kemudian ia bertambah menjadi 1,600 'like' tidak termasuk komen.

“Atas kesedaran ramai dan rasa tercabar, AP mengambil tindakan membuat laporan polis kerana kebanyakan status yang dimuat turun menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW serta mempersendakan sultan,” dakwanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, semalam.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa pihak berkuasa segera membuat siasatan mengenai penyebaran isu tersebut bagi mengelakkan ia tersebar dengan lebih meluas.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Polis menahan tiga daripada lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam rusuhan hingga menyebabkan seorang lelaki cedera parah di sebuah medan selera di Kulim, Khamis lalu.
  • KULIM - Polis berjaya menahan lapan suspek kes terbabit rusuhan yang berpunca daripada kegiatan ah long dekat sebuah stesen minyak di Taman Selasih pada 14 April lalu.
  • KUANTAN - Dua beradik dikenakan ikat jamin RM3,000 manakala seorang OKU dikenakan jaminan RM2,500 di Mahkamah Majistret Kuantan, di sini atas pertuduhan merusuh bersama-sama dan memiliki senjata berbahaya.
  • KULIM - Seramai 13 lelaki termasuk seorang pelajar sekolah ditahan berkaitan insiden rusuhan yang berpunca daripada perebutan kawasan operasi penjualan ais, awal pagi semalam.
  • KLANG - Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku ketika majlis perarakan mengiringi mayat seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Jalan Kereta Api Lama, Kapar, di sini, kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.