BACHOK – [VIDEO] Sebuah keluarga di Kampung Kandis terpaksa tidur di ruang tamu rumah setelah bahagian utama rumah asal mereka hampir roboh kerana struktur dapur dan bilik itu telah reput.

Azawani Che Awang, 33, tinggal di ruang kecil itu bersama suami, Zulkifli Abdullah,36, bersama empat anak mereka yang berusia di antara empat tahun sehingga sembilan tahun.

Menurutnya, makan minum mereka kini hanya bergantung kepada sumbangan saudara mara terdekat kerana suaminya kini tidak dapat bekerja setelah menghidap penyakit asma dan batuk berlarutan sejak Oktober lalu.

Ruangan bilik tidur lama yang telah usang dijadikan tempat simpanan barang.

“Bahagian dapur dan bilik dah reput dan bocor sana sini. Suami buat sikit- sikit sambung tepi rumah asal ini untuk membolehkan kami berteduh. Namun ia terbengkalai sejak lapan tahun lalu dan hanya siap sedikit sahaja untuk ruangan kami tidur pada waktu malam. Kalau hujan atap bocor dan kami terpaksa berhimpit di sudut rumah.

“Kami tak mampu nak siapkan sepenuhnya kerana sejak Oktober tahun lepas suami tak sihat dan tak dapat bekerja berat.

"Dia ada asma dan batuknya tak sembuh. Sebelum ini suami kerja sebagai buruh bantu angkat tong ikan di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, Pasir Puteh,” katanya kepada Sinar Harian ketika diziarahi rombongan Srikandi Bersatu Bachok dekat sini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MARANG - BAYI berusia sembilan bulan menderita penyakit kegagalan hati (biliary atresia) memerlukan bantuan orang ramai untuk membolehkannya menjalani pembedahan dengan segera.
  • MUADZAM SHAH - Sembilan beranak dari Bukit Ibam, di sini, yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran petang Sabtu lalu merayu sumbangan rumah baharu.
  • SUNGAI RAMBAI - Kisah seorang isteri dan tiga anaknya yang terpaksa berpisah daripada bapa mereka yang pernah disiarkan Sinar Harian sekitar Ogos 2017 akhirnya bertemu penghujung apabila mereka sekeluarga disatukan semula.
  • GUA MUSANG - Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi memohon sumbangan pakaian terpakai dan kelengkapan harian murid Orang Asli.
  • BANDARAYA MELAKA - Seorang abang terharu apabila ada pihak menziarahi adik lelakinya yang terlantar sejak 10 tahun lalu selepas menderita penyakit saraf dan sindrom Parkinson.