TAMAN TENGKU ANIS - Seorang ibu yang kurang upaya (OKU) berharap dapat menatap wajah anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Norlela Yahaya, 54, berkata, kali terakhir dia melihat wajah anak keduanya daripada enam beradik itu ketika menyerahkannya kepada penduduk kampung di Kampung Lemal, lebih 30 tahun lalu.

Menurutnya, perceraian dengan bekas suami memaksanya menyerahkan hak penjagaan Mohd Hasnizam Hassan, 32, kepada orang lain, ketika baru sahaja berusia enam bulan.

Katanya, atas dasar mempercayai, dia menyerahkan anak keduanya kepada saudara sebelum diberi kepada keluarga angkat dikenali sebagai Wahid dan Liza.

“Saya cuma nak lihat wajah dia, saya tak akan rampas dia, saya dah tua, bila-bila masa saja saya mungkin mati,” katanya.

Norlela berkata, keputusan menyerahkan hak penjagaan anaknya itu terpaksa dibuat kerana tidak mempunyai sebarang mata pencarian selepas berpisah dengan bekas suami.

Lima tahun selepas menyerahkan anaknya itu, Norlela berkata, dia pernah mencari keluarga angkat berkenaan malah mengiklankannya di dalam sebuah akhbar tempatan, namun usahanya gagal kerana mereka dikatakan berpindah ke Perak dan tidak dapat dihubungi.

“Saya tahu, mereka mungkin takut saya ambil semula tapi percayalah, saya cuma nak tahu perkembangannya dan lihat wajahnya.

“Sebelum serahkan kepada keluarga angkat, saya sempat daftar kelahiran Hasnizam, sijil lahir itulah menjadi pengubat rindu setiap kali saya teringatkan dia,” katanya.

Katanya, dia yang diserang angin ahmar enam tahun lalu dijaga anak sulung, di Kampung Pengkalan Pasir, Pasir Mas.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Baharu sahaja ingin merasa gembira menerima kehadiran cahaya mata pertama, diuji pula anak yang dilahirkan menghidap penyakit hempedu sempit.
  • SUNGAI SIPUT (U) - Seorang ibu sanggup berhenti kerja demi menjaga anaknya yang lumpuh akibat kemalangan.
  • PARIT - Seorang ibu tidak menyangka ciuman berulang kali anaknya Sabtu lalu adalah yang terakhir dan tidak mungkin dilupakan, demikian luahan hati Aminah Jabil, 65, ibu seorang daripada mangsa kemalangan di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali dekat sini, pagi tadi.
  • JASIN - Seorang bapa direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Jasin di sini, selepas disyaki mencederakan isteri serta dua anaknya dengan menggunakan pisau pemotong sayur, semalam.
  • BATU PAHAT - “Buat masa ini saya terpaksa berhenti kerja dahulu, anak saya alami kecederaan serius di kaki kanannya akibat kemalangan bulan lalu,” kata Nurul Asyiqin Abdullah, 31.