GUA MUSANG - Penduduk di sekitar Kampung Pulau Setelu, di sini gempar apabila seorang pencari besi terpakai mendakwa menemui tulang di dasar Sungai Nenggiri, pagi tadi.

Penjaga jambatan sementara Pulau Setelu, Rohaizad Che Soh, 39, berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya awal pagi tadi dan dia mengesyaki penemuan itu ada kaitan dengan kehilangan adiknya yang lemas Januari lalu.

Adnan Che Soh, 29, dilaporkan lemas apabila terjatuh dari jambatan sementara berkenaan, namun usaha mencari gagal menemui jasad mangsa sehingga kini.

Rohaizad berkata, penduduk yang menyelam ke dasar sungai untuk mencari besi terpakai dan menemui tulang itu membuangnya semula ke dalam sungai kerana takut.

"Penemuan itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan bomba. Walaupun sudah lama berlalu, namun saya berharap ia milik adik saya kerana hingga kini jasadnya belum ditemui," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya sedang mengenal pasti penemuan itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HULU BESUT - Seorang pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM semalam ditemui mati lemas di dalam parit berdekatan rumah datuknya di Kampung Bukit Payong di sini kira -kira jam 4 petang tadi.
  • LUMUT - Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas ketika mencari kepah di kawasan paya bakau Manjung Point 2 di sini, semalam.
  • KUNAK - Dua orang termasuk seorang wanita warga asing maut akibat lemas semasa mencari kerang bersama lima lagi rakan mereka di kawasan bakau berdekatan Borneo Resort Farm dekat sini, petang semalam.
  • MUAR - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan sebuah bot yang dipercayai hanyut dibawa arus di perairan Parit Keroma, di sini.