• Rumah untuk rakyat miskin Saiful (dua,kiri) ketika meninjau rumah percuma mampu milik yang diterimanya.
1 /

CHAT RIMAU - Program Jalinan Budi Rakyat Malaysia (Probudi) bantu individu berpendapatan rendah  dan miskin miliki rumah percuma.

Penaung Probudi, Datuk Paduka Hanifi Awang berkata, program tersebut dicipta bagi membantu individu yang tidak memiliki sebarang aset seperti kediaman mampu milik.

Menurutnya, sehingga kini program tersebut berjaya menyediakan 100 rumah percuma buat mereka yang bertuah sejak 2005 lagi.

“Kita berpegang kepada konsep kedua-dua pihak perlu bekerja kuat, memang Probudi akan bantu sediakan rumah, tetapi mereka  berminat perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Objektif utama kita mahu membantu tetapi perlu membayar sebanyak RM2,500, namun ia agak berbaloi kerana Probudi akan menyediakan rumah percuma dengan nilai paling minimum RM80,00 berserta perabot,” katanya kepada Sinar Harian pada majlis penyerahan rumah percuma mampu milik pertama kepada individu bertuah, Saiful Hisham ,32, dekat sini.

Hanifi berkata, sebelum ini ramai tidak percaya, namun Probudi buktikan program itu semakin mendapat sambutan.

Tambahnya, setiap individu perlu sahut cabaran dan lebih berusaha gigih jika mahu memiliki rumah percuma.

“Saya harap menerusi idea tersebut dapat membantu lebih ramai individu miskin, berpendapatan rendah, terbeban dengan hutang berjaya impian mereka,” katanya.