KOTA BHARU - Sebuah lagi rumah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) berhadapan Istana Kubang Kerian terbakar, hari ini.

Seorang saksi, Izzudin Abd Aziz,19, berkata, dia mengetahui berita melalui perkongsian di dalam kumpulan whatapps dan pergi ke tempat kejadian untuk melihat sendiri kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, saya lihat api sedang marak dan ada letupan kecil disusuli percikan api daripada wayar elektrik yang turut terbakar.

“Pihak bomba pula berusaha memadam kebakaran selain berlaku sedikit kesesakan di jalan utama kerana orang ramai memperlahankan serta ada  yang memberhentikan kenderaan untuk melihat kebakaran itu,” katanya.

Kebakaran memusnahkan rumah yang terletak di belakang tapak rumah milik Kada yang hangus dalam kebakaran pada 11 September lalu.