KOTA BHARU - Seorang pencuci kereta tidak mengaku salah di mahkamah sesyen hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja orang kurang upaya (OKU) lembam, dua tahun lalu.

Dakwaan terhadap Mohamad Yasin Ismail, 28, dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 17 tahun lima bulan dalam semak di Kampung Gosong, Machang pada jam 2 petang, 2 Jun 2016.

Tertuduh mengetahui remaja itu OKU lembam pembelajaran dan baharu saja dikenali melalui Facebook.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 7 Ogos depan.