KOTA BHARU - Rakyat Kelantan dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui pintu sempadan dan masuk ke Thailand melalui jalan yang sah sahaja.   

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku ekoran keadan negara jiran yang bergolak.  

"Kita tidak halang rakyat Malaysia masuk ke sempadan tetapi perlulah masuk melalui pintu yang diwartakan.  

"Jika berlaku kejadian tidak diingini dan rakyat dikesan masuk melalui pintu haram, mereka perlu tanggung sendiri kerana masuk melalui pintu tidak dibenarkan," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sedekad Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswa -Suksis UMK dan Polis Diraja Malaysia di Kampus Kota di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor UMK Prof Datuk Abd Aziz Ab Latiff.  

Hasanuddin berkata, keadaan sempadan yang masih bergolak juga boleh menyebabkan berlakunya letupan tanpa diduga.  

"Kita tidak halang rakyat nak masuk ke sempadan tapi perlulah lebih berhati-hati dan mementingkan keselamatan diri, " katanya.

Hasanuddin berkata demikian ketika di minta mengulas kejadian tembakan rambang yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia di Tak Bai, Thailand di sini kelmarin.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Kastam Kelantan mengadakan pemantauan di sekitar pintu sempadan termasuk di kawasan berisiko sempena perayaan Deepavali bagi memantau penyeludupan dadah, bunga api, rokok, senjata api dan arak yang dibawa masuk ke negeri ini.
  • KOTA BHARU - Kastam Kelantan mengadakan pemantauan di sekitar pintu sempadan termasuk di kawasan berisiko sempena perayaan Deepavali bagi memantau penyeludupan dadah, bunga api, rokok, senjata api dan arak yang dibawa masuk penyeludup ke negeri ini.
  • RANTAU PANJANG - Sebanyak RM300 juta diluluskan bagi projek tebatan banjir peringkat pertama di sempadan Malaysia-Thailand di sini, di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).
  • SUNGAI MUDA - Penemuan batu terat pertama atau lebih dikenali sebagai batu sempadan yang wujud ketika Pulau Pinang dipajakkan oleh Sultan Kedah kepada pihak British, dikunjungi buat kali kedua oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.