JELI - Tindakan pantas polis Jeli berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,207 bungkusan dipercayai daun ketum di sini, tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu, dua lelaki tempatan dikatakan cuba mengelak sekatan jalan raya di Batu Melintang sebelum ditahan polis berkuasa di Kampung Jerek.

“Hasil risikan dijalankan, kita berjaya menahan sebuah kereta jenis Toyota Wish dalam keadaan mencurigakan selepas dikatakan cuba mengelak sekatan jalan raya di laluan berkenaan.

“Kereta berkenaan dipercayai datang dari arah Gerik ke Jeli sebelum memasuki satu simpang ke Kampung Jerek, Batu Melintang dalam keadaan mencurigakan menyebabkan anggota kami yang berada di kawasan berhampiran menahannya," katanya kepada media di sini, semalam.

Menurutnya, daun ketum dianggarkan seberat 300 kilogram dan dianggarkan bernilai lebih RM22,000 itu ditemui di bahagian belakang kereta berkenaan.

“Siasatan awal kami mendapati kedua- dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang berasal dari Peringat, Kota Bharu itu memperoleh bekalan daun ketum berkenaan dari Baling, Kedah untuk dipasarkan di Kota Bharu serta kawasan sekitarnya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, jika didapati bersalah boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 30 (5) Akta Racun 1952 iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebih 4 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Seorang lelaki berusia lewat 40an ditahan sepasukan anggota polis di perkarangan rumahnya selepas memiliki enam beg plastik daun ketum seberat 76.5 kilogram Rabu lalu.
  • TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup ke negara jiran pelbagai jenis barangan kawalan bernilai hampir RM24,000 menerusi laut Sungai Pukol dekat sini, petang semalam.
  • BUKIT MERTAJAM - Polis menahan lima lelaki dalam serbuan di sebuah pondok belakang rumah di Kampung Janggus di sini semalam kerana terlibat dalam kegiatan menjual air ketum.
  • JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin Wilayah 2 berjaya mematahkan cubaan menyeludup 40.9 juta batang rokok putih bernilai RM2.4 juta dalam serbuan di Tanjung Laboh, Batu Pahat, Isnin lalu.
  • KOTA BHARU - Cubaan tiga lelaki warga Thailand menyeludup minyak petrol ke sempadan tidak berjaya selepas tindakan mereka berjaya dikesan dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin ICQS di Rantau Panjang di sini Isnin lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.