KOTA BHARU - Seorang lelaki Melayu berusia 50-an yang dikenali sebagai Ezani Yahya, diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pindah milik tanah kira-kira tiga tahun lalu.

Dalam kejadian terbabit, seorang mangsa mengalami kerugian RM 280,000 selepas tanah miliknya yang telah dipindah milik kepada pihak ketiga tanpa kebenarannya.

Kejadian itu hanya disedari apabila pemilik tanah bersama anaknya berurusan di Pejabat Tanah di Kota Bharu untuk membayar cukai tanah namun pihak terbabit memaklumkan cukai tanah berkenaan telahpun dibayar orang lain.

Ekoran itu, pemilik tanah tidak berpuas hati dan telah membuat semakan lanjut dan mendapati tanah kepunyannya telah berpindah milik kepada orang lain.

Disebabkan itu, pemilik tanah kemudiannya membuat laporan polis dan bagi membantu siasatan pihak polis sedang mengesan penama terbabit bagi menyelesaikan siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan dan menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki ini boleh menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial melalui Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Zahir Abdullah di  09-7752200 atau di talian 011-10208915.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.