KOTA BAHARU - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) cawangan Kelantan sedang berusaha mendapatkan khidmat pakar asing bagi membantu pengusaha kraf tempatan, terutama di bidang seni ukiran perabot, meningkatkan kreativiti selain kualiti produk yang dihasilkan.
Pengarahnya, Mohd Razis Md Said berkata langkah itu perlu untuk meningkatkan mutu kraf tempatan bagi menyaingi produk luar negara.
Thailand dikenal pasti mempunyai ramai tenaga pakar dalam seni ukiran perabot dan kayu yang mampu membantu pengusaha kraftangan tempatan, katanya kepada Bernama pada Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Jualan Kraf PKKM di sini, hari ini.
Menurutnya, usaha PKKM untuk mendapatkan kepakaran luar itu juga selaras dengan hasrat menambah nilai jualan kraf.
Mohd Razis berkata sepanjang tahun ini, pihaknya merekod nilai jualan kraf tangan termasuk batik mencecah RM100,000 melalui promosi di seluruh negara serta jualan sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) di ibu negara, baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya bercadang menambah enam pengusaha kraf logam perak di pusat jualan kraf itu yang dijangka mampu menampung permintaan mulai tahun depan.
Ketika ini, katanya, pusat kraf itu menumpukan kepada bidang pembuatan kraf berasaskan tekstil, rotan dan kayu. - Bernama
PKKM Kelantan intai khidmat pakar kraf asing
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Dua parah gagal kawal kereta
- Rumah ibu musnah didakwa angkara anak
- Mimpi bertemu arwah ibu petanda ajal
- Tiga remaja maut nahas
- Rogol kenalan facebook, 11 tahun penjara
- Tiada kenaikan harga barang di Kelantan
- Padah serang bapa guna besi
- Jalan sakaratul maut
- Dihukum selepas miliki 20 rekod jenayah
- Lelaki mengaku tidak bersalah cederakan isteri
- Dakwa dirogol kenalan bapa
- Masih tunggu air bersih
- Janin dalam mangkuk tandas asrama
- Kerisauan abang akhirnya terjawab
- Hanya sempat selamatkan kain buruk
- Koperasi sekolah digalak ceburi perniagaan kantin
- Rayu pertimbangkan SVTB1M
- Pelajar dirogol bergilir-gilir
- Wanita didakwa songlap wang majikan
- Kes tembak: Polis minta lelaki serah diri




