PASIR PUTEH - Seramai 569 peniaga pasar besar lama diminta mematuhi arahan berpindah ke pasar baharu di Bandar Baharu Pasir Puteh di sini, mulai Ahad ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Mohd Anis Hussin berkata, notis pemindahan itu dikeluarkan dua minggu lalu kepada peniaga terbabit.

Katanya, pihaknya memberi tempoh dua minggu bermula Ahad ini bagi peniaga mengosongkan pasar lama.

"Kita berharap peniaga memberikan kerjasama baik dalam hal ini untuk kebaikan kita bersama.

"Dari segi fizikalnya, pasar baharu ini lebih baik terutamanya mengenai pengudaraan kerana kita membinanya dengan konsep terbuka," katanya ketika meninjau pasar baharu di sini, hari ini.

Kadar sewa pasar baharu yang dikenakan adalah antara RM60 hingga RM350, bergantung kepada saiz.

Mohd Anis berkata, pasar baharu bernilai RM5.6 juta itu berada di dalam kawasan bandar baharu yang bakal mempunyai banyak kemudahan termasuk terminal bas, stesen teksi dan lot perniagaan.

Ketika ditanya mengenai rungutan sesetengah peniaga yang mendakwa lot perniagaan terlalu kecil berbanding pasar lama, beliau berkata, MDPP akan melakukan pengubahsuaian dari masa ke masa.

"Apa yang penting, pindah dulu ke pasar baharu ini, masalah yang timbul kita akan cuba selesaikan secara berperingkat,” katanya.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MERLIMAU - Kelab Sukan dan Kebajikan Staf Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menganjurkan program Free Market bagi mendidik warga institusi itu sentiasa prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik.
  • SUNGAI TONG - Pasar percuma yang dilancarkan buat julung kali di Pasar Awam Sri Langkap oleh Majlis Daerah Setiu (MDS), semalam mendapat sambutan hebat daripada penduduk dan penyumbang di daerah itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.