RANTAU PANJANG – Penduduk yang tinggal di Tebing Sungai Golok (sebelah Malaysia) dikejutkan dengan satu letupan bom di negara jiran kira-kira 12.20 tengah hari semalam.

Tinjauan mendapati ramai yang mendakwa mendengar letupan tersebut disebabkan jarak antara tebing Sungai Golok (sebelah Rantau Panjang) begitu dekat dengan pekan Golok.

Penduduk, Mat Bastaman Hamat, 50-an berkata, ketika kejadian, dia berada di hadapan rumahnya yang terletak di tebing Sungai Golok dan bunyi bom ketika itu agak jelas.

Menurutnya, walaupun tidak dimaklumkan tentang pengeboman itu, anak jati Rantau Panjang itu sudah dapat mengagak bunyi itu adalah dari letupan bom.

“Ketika mendengar bunyi bom tengah hari tadi (semalam) saya berada di hadapan rumah, jarak dengan tempat kejadian yang tidak terlalu jauh membolehkan penduduk di sepanjang tebing Sungai Golok (sebelah Malaysia)) boleh mendengar bunyi dengan agak jelas.

“Tidak lama selepas bunyi letupan itu, saya dimaklumkan penduduk letupan berlaku di salah sebuah hotel di pekan Golok,” katanya ketika ditemui oleh wartawan Sinar Harian, petang semalam.

Mat Bastaman berkata, rakyat negara ini yang berhasrat ke negara jiran perlu berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sementara itu, seorang peniaga di Rantau Panjang yang hanya mahu dikenali Aini, 35, berkata, keadaan di pekan itu tidak terjejas biarpun berlaku letupan di negara jiran.

Menurutnya, orang ramai tetap tertumpu ke pekan bebas cukai itu.

Sinar Harian difahamkan, pengeboman berlaku di sebuah bilik hotel di bandar Golok sehingga mengorbankan seorang rakyat negara itu sementara lima yang lain cedera.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Polis Kelantan berjaya menahan suspek kedua kejadian letupan bom yang menyebabkan seorang kerani sekolah terkorban di Taman Seri Periuk, Tumpat, Ahad lalu, selepas suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini, semalam.
  • BENTONG - - Seorang warga emas tergamam melihat bumbung tempat simpanan barang bersebelahan rumahnya di Lorong 17 Kampung Chamang Baru, dekat sini, diterbangkan angin kuat awal pagi semalam.
  • PONTIAN - - “Sebaik tiba di pekarangan rumah, saya terkedu melihat rumah sudah jadi abu,” kata Abu Samah Ahmad, 51, mangsa kebakaran di Kampung Chokoh Besar, dekat sini.
  • SENAI - - Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya dilontar batu oleh sekumpulan individu tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke Sungai Rengit (berhampiran Pengerang), semalam.
  • SERI KEMBANGAN - – Seorang suri rumah dan ahli perniagaan terkejut menerima panggilan telefon seorang lelaki, mendakwa mereka terbabit skandal wang haram di Hong Kong serta akan dikenakan tindakan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.