TELONG - Pemuda Pas Cawangan Telong bersiap sedia menghadapi PRU14 yang dijangka diadakan tahun ini.

Ketua Pemudanya, Waliyul Amri Wahab berkata, bagi menaikkan semangat penduduk serta menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Kelantan, pihaknya menaikkan bendera bulan purnama di kawasan berkenaan, kelmarin.

“Kami memang sudah bersedia untuk menghadapi PRU14 bila-bila masa sahaja dengan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Pas Kelantan.

“Hasrat itu kami realisasikan melalui bendera bulan purnama besar yang kami naikkan hari ini (kelmarin). Kami juga berbesar hati apabila Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary juga sudi hadir untuk menaikkan bendera bulan purnama ini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengetuai ‘Street Dakwah’ di pekarangan Stadium Darul Aman, sebelum perlawanan Kumpulan C Liga Malaysia Kedah dan Kelantan, kelmarin.
  • PASIR MAS - Pemuda Pas Kelantan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, kelmarin berhubung penganjuran konsert Karnival Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelar pada 1 Oktober lalu.
  • KOTA BHARU - Pemuda Pas meminta Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (Restorasi) henti sebar fitnah yang tidak betul serta memberi masa untuk Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyelesaikan isu bekalan air bersih dalam tempoh seperti yang dijanjikan.
  • KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan menggesa supaya Umno menyiasat dakwaan yang mana adanya pemimpin parti itu sengaja menyekat pembangunan daripada kerajaan pusat di negeri ini.