GUA MUSANG - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap, di sini, maut dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Gua Musang - Kuala Krai, petang tadi.

Mangsa, Kasih Diya Qistina Affendi, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Nik Nur Adila Sefia Nik Mohamad, 12, cedera parah.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Rajab Ahad Ismail berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.40 petang itu melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Proton Persona dan motosikal Honda EX5.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan motosikal terbabit yang berada di bahu jalan sebelah kiri dari arah Kuala Krai ke Gua Musang secara tiba-tiba melintas jalan.

"Ketika itu, kenderaan jenis Proton Persona itu datang dari arah Kuala Krai tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal terbabit kerana jarak yang terlalu dekat.

"Bagaimanapun, pemandu, Muhd Firdaus Zulkifli, 29, dan penumpang, Siti Nurul Asikin Kamaludin, 29, serta kanak-kanak, Muhammad Faeeq Amnan Muhd Firdaus, 3, hanya mengalami cedera ringan.

"Proses bedah siasat akan dilaksanakan pada malam ini di Hospital Gua Musang manakala mangsa yang parah masih menerima rawatan di hospital yang sama," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUCHONG - Dua remaja parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15.7, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dari arah Saujana Putra ke Shah Alam, di sini, pagi tadi.
  • MERSING - Seorang lelaki maut di tempat kejadian dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di KM 11 Jalan Jemaluang-Mersing awal pagi tadi.
  • KLUANG - Seorang bapa sedia memaafkan penunggang motosikal yang melanggar anak lelakinya, Muhammad Furqan Danial Md Fadzli, 2, di hadapan rumahnya di Jalan Intan 4/5, Taman Intan, di sini, 7 November lalu.
  • KOTA BHARU - Malang tidak berbau. Demikian nasib yang menimpa Mohd Fakhrul Muzammil Abdullah, 12, setelah maut dirempuh kereta yang masuk ke bengkel motosikal di Kampung Pak Badol, Bachok, kelmarin.
  • SEREMBAN - Seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam cenuram sebelum tersangkut di sebatang pokok dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Linggi, Port Dickson tengah hari tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.