• Pasaraya Salamku Pasaraya Salamku dua tingkat pastinya menyediakan keperluan terbaik buat pelanggan.
  • Pasaraya Salamku Hari pembukaan cawangan terbaru Pasaraya Salamku dikunjungi ramai pelanggan.
1 /

TANAH MERAH – Cawangan terbaru Pasaraya Salamku yang menyediakan kelengkapan dapur baru dibuka di daerah ini, pasti memberi kepuasan kepada pelanggan kerana harga yang ditawarkan berpatutan dan barang dijual berkualiti.

Pengurus Operasi, Che Noor Alwani Che Hassan berkata, ia adalah cawangan kedua bagi Pasaraya Salamku yang menyediakan barang kelengkapan rumah, selain di Lundang, Kota Bharu dan sasaran pelanggan adalah mereka yang baru berpindah ke rumah baru.


Sedia pelbagai barang

Menurutnya, pasar raya dua tingkat itu menyediakan pelbagai barangan yang pasti memenuhi kehendak pelanggan, di samping lokasi yang strategik untuk dikunjungi.

“Perkhidmatan yang disediakan adalah terbaik kerana kita menyediakan 24 pekerja yang sedia membantu, malah barangan yang dibeli juga dihantar ke kereta pelanggan.

“Lima hari pada awal pembukaan, kita beri harga promosi demi menarik pelanggan untuk ke sini, dan sasaran utama pelanggan kita adalah mereka dari daerah ini,” katanya.

Che Noor berkata, waktu operasi pada hari biasa bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, sementara pada Jumaat Pasaraya Salamku beroperasi seawal jam 8 pagi hingga 8 malam.

“Kita harap pembukaan cawangan baru ini memberikan kemudahan buat masyarakat sekitar daerah ini untuk membeli-belah khususnya barangan kelengkapan rumah,” katanya.


Kukuhkan jenama

Che Noor berkata, dengan pembukaan cawangan terbaru Salamku di daerah ini bakal mengukuhkan jenama pasar raya tersebut.

Sementara pengunjung, Azliza Adnan, 27, berkata, pembukaan Salamku di daerah ini pastinya memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan barangan lebih berkualiti dengan harga berpatutan.

Dia berkata, walaupun sudah banyak pasar raya dan kedai yang menawarkan barangan keperluan rumah namun di Salamku ia terdapat banyak pilihan dan selesa untuk membeli-belah.