TANAH MERAH - Seorang pesara penjara mengusahakan tanaman anggur setelah melihat tanaman itu mampu hidup dalam cuaca dan iklim panas dan lembap di Malaysia.

Pengusahanya, Wandir Ali, 51, berkata, bermula dengan menanam sepohon anggur sebagai percubaan, kini terdapat 30 pokok anggur yang ditanam dan membiak dengan baik di sekeliling rumahnya di Banggol Jenerih di sini.

Lebih membanggakan, katanya, kualiti buah anggur dihasilkan itu berbuah lebat dan tidak sampai setahun ditanam.

“Insya-ALLAH buah anggur yang diperolehi bakanya dari Filipina ini boleh dipetik dalam masa dua bulan lagi dan mampu menghasilkan baka setanding yang ada di pasaran,” katanya.

Untuk berita lanjut dapatkan Sinar Harian esok...