PETALING JAYA - Masyarakat Islam di Malaysia dan Singapura yang gemar menikmati kopi dan makanan di Oldtown White Coffee boleh menikmatinya tanpa was-was kerana rangkaian kafe itu telah memperolehi sijil halal.

Di Semenanjung Malaysia, 168 kedai Oldtown White Coffee telah diberi sijil halal oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) sementara di Singapura,  Majlis Agama Islam Singapura telah membuktikan bahawa semua lapan cawangannya di republik itu adalah halal.

"Kami mahu mengembangkan asas pelanggan Islam kami kerana sebelum ini, 80 peratus daripada pelanggan kami di Malaysia terdiri daripada bukan Muslim.

"Kini, semenjak jenama kami telah di iktiraf oleh Jakim sebagai halal, kami berharap untuk menarik pasaran masyarakat Islam pula," kata pengarah eksekutif Oldtown White Coffee Bhd Clarence D' Silva pada satu sidang media hari ini.

Beliau berkata cawangan di Malaysia Timur akan mendapatkan sijil halal mereka tidak lama lagi.

Mengenai rancangan pengembangan syarikat, beliau berkata Oldtown White Coffee akan membuka antara 20 hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun di Malaysia.

Oldtown White Coffee pada masa ini mengendalikan 29 cawangan di China dan  Indonesia. - Bernama
  

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,692 syarikat memiliki sijil pengesahan halal Malaysia sehingga November ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tidak akan mengharamkan makanan yang sudah popular hanya kerana nama.
  • KOTA BHARU - Kurang kesedaran dan kekeliruan antara punca sebilangan syarikat serta usahawan Islam tidak memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
  • YAN - Premis makanan yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan diingat supaya tidak melakukan penipuan berhubung perakuan sijil halal yang sah bagi memastikan makanan yang dijual tidak diragui oleh umat Islam.
  • KUALA LUMPUR - Mengeluarkan Persijilan Halal Malaysia secara mudah kepada pemohon adalah tidak wajar kerana ia dibimbangi akan mencemarkan nama baik persijilan halal tersebut, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.