KOTA BHARU - Badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajan dan komuniti setempat yang tinggal sekitar sekolah berperanan penting dalam pendidikan di negara ini.

Wakil Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Zainal Alaam Hassan berkata, pihaknya mendapati penglibatan NGO dan agensi kerajaan banyak membantu dalam menjayakan aktiviti sekolah.

"NGO dan agensi kerajaan seperti Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan keprihatinan komuniti sekitar sekolah.

"Penglibatan ini penting dalam usaha mendidik anak-anak, yang mana NGO, agensi kerajaan dan komuniti meberi sokongan bagi melahirkan generasi hebat," katanya semasa berucap pada Program Gotong-Royong Bersama Pengurusan Tertinggi KPM di Sekolah Kebangsaan (SK) Datu' Hashim, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Pada program itu, kira-kira 500 ibu bapa murid, NGO, agensi kerajaan dan komuniti hadir melakukan aktiviti membersihkan Laman Sains, penyediaan parkir, tebang pokok, mengecat batu-bata serta dinding serta mesin rumput.

Kerja gotong-royong itu adalah sebahagian aktiviti di bawah program Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) SK Datu' Hashim.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Pengkalan Chepa, Ismail Omar, Guru Besar SK Datu' Hashim, Rahani Rajab, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Prof Madya Abdullah Sudin Abdul Rahman dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Ismail Yusof.

Zainal Alaam berkata, kerjasama itu penting sebagai usaha menunjukkan tanggung jawab semua pihak dalam melahirkan anak-anak berjaya ke arah negara maju.

"Bimbingan dan sokongan ini memberi kesan kerana setiap kita datang dari latar belakang berbeza dan ada pelbagai pemikiran yang sama untuk membangunkan anak bangsa," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MAHSAN - Bukan sahaja menyedihkan, kebanyakan kisah diceritakan oleh penghuni rumah orang tua, Sejahtera Mahsan di sini kepada pelajar Pendidikan Sivik, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chi Wen, Bahau ternyata memberikan kesan mendalam.