GUA MUSANG - Kebiasaannya, kita sering lihat tukang kebun menggunakan mesin rumput tolak untuk memotong rumput di kawasan padang.

Namun, di Sekolah Kebangsaan (SK) Chiku 7, di sini, tukang kebunnya, Wan Mazlan Abd Aziz, 56, menggunakan kemahiran yang ada untuk menghasilkan mesin rumput motosikal.

Menurutnya, mesin rumput yang disambungkan dengan motosikal itu sudah enam tahun berjasa dan memudahkan kerjanya di sekolah tersebut.

“Saya mencipta sendiri mesin rumput ini pada tahun 2012. Sebelum ini, saya gunakan kaedah dan peralatan yang biasa iaitu mesin rumput tolak.

“Tapi, ia memakan masa selama dua hari untuk siap satu padang selain memenatkan kerana kita perlu menolak. Jadi, saya memikirkan untuk mencipta mesin rumput menggabungkan motosikal saya.

Wan Mazlan berkata, inovasi dihasilkannya membantu menyelesaikan kerja memotong rumput dalam tempoh sehari dan ia benar-benar memudahkan kerja saya hingga ke hari ini,” katanya lagi.