TUMPAT - Polis menahan dua remaja lelaki dan seorang perempuan yang menyamar anggota polis dan menyamun bersenjata kapak di Kampung Paloh, Palekbang.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Nik Azlan Nik Ibrahim berkata, ketiga-tiga suspek berusia 19 tahun hingga 21 tahun ditahan sepasukan polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas.

Menurutnya, dalam kejadian jam 4 pagi, Jumaat lalu, suspek menaiki Perodua Myvi berwarna kelabu menahan kereta mangsa di jalan Paloh Palekbang.

"Suspek yang duduk di bahagian belakang mengacukan sebilah kapak kepada mangsa dan mengarahkan memberhentikan kereta sambil mengatakan dirinya anggota polis dari IPD Tumpat," katanya.

"Ketika kejadian, mangsa baru keluar dari rumah bersama rakannya untuk membeli makanan di Kota Bharu menaiki kereta Proton Waja," katanya.

Menurutnya, setelah mangsa berhenti, dua suspek lelaki keluar manakala suspek perempuan menunggu dalam kereta  mengarahkan mangsa mengeluarkan kad pengenalan dan lesen memandu.

Katanya, mangsa enggan dan meminta agar suspek itu menunjukkan kad identiti polis tetapi gagal berbuat demikian.

"Suspek mengambil beg mangsa dan rakannya selepas meminta wang tunai RM1,000 tetapi mangsa memberitahu dia tiada wang.

"Mangsa kerugian wang tunai RM80 manakala rakannya sebanyak RM250 serta dua telefon bimbit," katanya lagi.

Menurutnya, dua suspek lelaki tersebut ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin berakhir 29 September manakala suspek perempuan ditahan reman selama lima hari pada tarikh sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Susulan kejadian dua lelaki ditembak dari jarak dekat di sebuah kedai kopi di Tangkak baru-baru ini, lima lelaki kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
  • BUKIT MERTAJAM - Cubaan dua lelaki yang mahu meloloskan diri daripada diperiksa polis akhirnya membawa padah apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas di Kampung Bagan Serai di sini petang semalam.
  • SERI ISKANDAR - Empat lelaki yang memecah masuk sebuah rumah di Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri dekat sini, ditahan polis tidak sampai 24 jam selepas melakukan jenayah itu, tengah malam semalam.
  • JITRA - Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (IPD) Kubang Pasu berjaya menumpaskan penyeludupan daun ketum ke Langkawi di Kampung Alor Biak, di sini pagi tadi.
  • BUKIT MERTAJAM - Polis berjaya menumpaskan geng curi motosikal selepas menahan empat lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Permatang Pauh, di sini pagi ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.