KOTA BHARU – Satu mayat reput tanpa identiti ditemui dalam sebuah rumah kosong semi D dua tingkat di Jalan Pintu Pong, malam tadi.

Mayat lelaki lengkap berpakaian itu dijumpai seorang pemuda berusia 27 tahun pada jam 9 malam.

Saksi sebelum itu terlihat kebakaran sampah berhampiran dan cuba untuk memadam sebelum terhidu bau busuk dan masuk ke dalam rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan dan sedang mengesan waris yang kehilangan ahli keluarga.

“Mayat di hantar ke bahagian Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Orang ramai yang mempunyai ahi keluarga yang hilang boleh segera hubungi balai polis berhampiran,” katanya.