TUMPAT - Seorang penduduk di Kampung Paloh Chicha, di sini terkejut apabila lembu peliharaannya melahirkan anak lembu yang mempunyai dua kepala, semalam.

Syukri Mohamad, 45, berkata, lembunya menunjukkan tanda-tanda pelik mahu bersalin dua hari lalu.

Katanya, melihat keadaan lembu peliharaannya semakin lemah dan khuatir mati, dia terpaksa menyembelih untuk menyelamatkan anaknya.

"Ibu lembu itu disembelih semalam, kemudiannya perut dibelah untuk keluarkan anaknya. Memang saya terkejut kerana anak lembu itu mempunyai dua kepala," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, kejadian pelik ini menunjukkan kebesaran kuasa ALLAH tetapi anak lembu itu tidak dapat diselamatkan kerana telah mati di dalam perut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Umat Islam di negeri Terengganu tidak perlu was-was untuk memakan daging lembu dan kerbau korban kerana kini ia dijamin selamat.
  • RANTAU PANJANG - Sebanyak 27 lembu seludup berjaya dirampas oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pangkalan haram Wakaf Zink, Rantau Panjang, jam 12.45 tengah hari, hari ini.
  • GOMBAK - Kerajaan negeri menyerahkan sebanyak 1180 ekor lembu korban bernilai RM6.4 juta untuk diagihkan ke seluruh masjid di Selangor sempena sambutan Aidiladha.
  • SUNGAI AIR TAWAR - Petani di kawasan ini dan di kawasan sekitar meminta pemilik lembu tidak melepaskan ternakan mereka di kawasan tanaman penduduk.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.