RANTAU PANJANG - Penduduk Kampung Kekabu yang juga pengundi di Dun Bukit Tuku hilang sabar kerana terpaksa menggunakan jalan rosak, hampir 30 tahun lalu.

Penduduk, Mohammad Dollah 62, mendakwa, kali terakhir jalan sepanjang satu kilometer itu diturap sepenuhnya sekitar awal 1990-an.

Menurutnya, penduduk beranggapan pihak berkenaan mungkin terlepas pandang pembangunan di kampung ini memandangkan kemudahan infrastruktur di kampung bersebelahan sering dinaik taraf.

"Kami dah aju masalah ini dengan pemimpin tempatan malah beliau berjanji akan bawa usul itu dengan pihak berwajib. Tapi dah empat ke lima kali pilihan raya, masalah sama masih belum diselesaikan.

"Lama-kelamaan kami mula bosan dan bergotong-royong baiki jalan ini bersama anggota skim rondaan sukarela (SRS),” katanya.

Sementara itu, penduduk, Nor Azmi Sudin, 40, berkata, hasil kutipan derma, penduduk berjaya membaiki jalan berlubang dengan membeli simen dan batu yang menelan kos lebih RM600.

Menurutnya, sudah sampai masanya jalan alternatif ke To’ Uban-Tanah Merah ini dinaik taraf dan diperbesarkan kepada dua lorong demi kemudahan penduduk.

Katanya, naik taraf itu bukan sahaja dapat menampung keperluan 500 penduduk malah memudahkan jentera bomba masuk ke kampung ini sekiranya berlaku kebakaran.

"Kami bukan nak salahkan mana-mana pihak tapi kami harap mereka lebih cakna dan utamakan keperluan rakyat di sini.

"Kami harap mereka dapat luaskan jalan dan naik taraf jambatan agar jentera bomba dapat masuk jika kecemasan,"  katanya.

Tambah Azmi, ia juga akan memberi manfaat kepada pelajar di dua tahfiz pondok, murid sekolah kebangsaan dan pelajar menengah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Pejabat Menteri Besar Terengganu tidak memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bagi tujuan mengutip derma untuk jamuan makan amal.
  • PASIR MAS - Warganegara Thailand dikesan terlibat dengan aktiviti kutipan derma secara haram bagi pembinaan masjid di negeri ini tanpa mendapat kelulusan sah dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
  • BACHOK - Pengemis atau pengutip derma menggunakan modus operandi sama iaitu mengutip derma untuk pembinaan sekolah di negara jiran.
  • SUNGAI PETANI - Seorang wanita sarat mengandung aktif melakukan kegiatan mengutip derma di beberapa bank sekitar bandar ini diselamatkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuala Muda dalam satu operasi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.