PASIR MAS - Penduduk di Kampung Kiat, Bunut Susu di sini dikejutkan dengan kebakaran sebuah kereta sekitar jam 7 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd Nazri A.Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 pagi.

"Seramai lapan anggota yang diketuai oleh Komander Operasi, Adnan Mohd Juri telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam kebakaran dan menyelamat.

"Ketika kami tiba di tempat kejadian kereta tersebut sudah 90 peratus terbakar," katanya.

Menurutnya, punca dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan.