KOTA BHARU - Keadaan Nik Razi Nik Mat, adik kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat stabil setelah menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan anaknya, Nik Muhammad Hazim Nik Razi berkata, kadar tekanan darah ayahnya kembali meningkat berbanding sebelumnya.

“Hasil solat hajat yang didirikan juga doa yang tidak putus-putus dari ahli keluarga, sahabat-sahabat dan semua pihak digabungkan bersama pakar-pakar perubatan, Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Razi semakin stabil hari ini,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial keadaan Nik Radzi yang ditempatkan wad merah HUSM.

Difahamkan Nik Razi mengalami pendarahan dalam perut sebelum dihantar hospital tersebut.

Nik Razi sebelum ini sentiasa mengimami majlis solat hajat  mana-mana anjuran kerajaan negeri selepas pemergian Nik Abdul Aziz.