PASIR MAS – Penduduk Kampung Seberang Merbau teruja kerana berjaya menangkap ikan patin hampir 70 kilogram, malam kelmarin.

Norisan Mustafa, 35, berkata, ikan patin sepanjang hampir dua meter itu ditangkap menggunakan teknik ‘jeremai’ di Sungai Lubok Jong.

Menurutnya, kenaikan paras air di Sungai Lubok Jong kerana hujan sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan ikan mula memenuhi kawasan di sini.

Norisan berkata, seramai 10 penduduk meletakkan pukat jeremai pada jam 10 malam dan selang 30 minit kemudian mereka dapati perangkap mula mengena.

“Disebabkan keadaan terlalu gelap, kami ingat anak buaya terperangkap kerana ekornya mengibas ketika jala ditarik ke atas.

“Selepas empat penduduk berusaha mengangkat pukat jeremai itu, barulah kami dapati ia adalah ikan patin terbesar pernah ditangkap di sungai ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah Mohamad, 50, berkata, inilah kali pertama penduduk berjaya menangkap ikan seberat dan sepanjang ini.

Selain ikan patin katanya, penduduk berjaya menangkap beberapa guni ikan sungai, baung, tapah dan lambak.

Katanya, kebiasaannya penduduk berjaya menangkap ikan patin seberat kurang daripada 20 kilogram seekor.

“Kejayaan ini meningkatkan lagi semangat penduduk untuk menangkap ikan ketika musim tengkujuh,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ARAU - Jualan Rakyat anjuran Pemuda Umno Arau di Pusat Khidmat Adun Simpang Empat dekat sini mendapat sambutan hangat masyarakat setempat apabila 500 kilogram ikan terjual dalam tempoh hanya sejam.
  • PANDAN - Program Jelajah Jualan Ikan Segar Dengan Harga Patut di Pejabat Umno Pandan, Sabtu lalu, masih mendapat sambutan orang ramai walaupun tanpa kehadiran Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
  • KOTA TINGGI - Amanah Tenggara mahu kerajaan negeri mengambil langkah segera dalam membendung pencemaran sungai yang berlaku di Sungai Sayong dekat sini.
  • KEMAMAN - Perbuatan tamak nelayan Vietnam menangkap ikan terlarang, ikan yu ekoran harga siripnya yang mahal iaitu mencapai RM4,000 sekilogram berjaya dihidu Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Wilayah Timur selepas dua bot nelayan tempatan yang menggaji nelayan asing itu ditahan.
  • LABUAN - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 20 kontena berisi 11,700 kilogram (kg) ikan sejuk beku, dipercayai dimport secara haram dari Vietnam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.