KOTA BHARU – Permohonan bantuan wang ihsan boleh dibuat melalui talian Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk masa akan datang bagi mengelak permohonan bertindan seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Pengerusi Mayang Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin berkata, pihaknya mendapati terdapat seorang pemohon namanya bertindan sampai enam kali di Parlimen itu.

“Ada juga kes JPP berjaya kesan sampai enam parlimen terdapat pemohon yang sama. Keadaan ini menyebabkan JPP membuat penyelarasan melalui sitem talian untuk mengesan alamat sebenar.

“Untuk akan datang kami maklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan supaya melayari laman web JPP untuk memasukkan data, cetak borang dan serahkan kepada JKPPP untuk tanda tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan wang ihsan kepada 196 penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Pengkalan Chepa yang membabitkan RM142,7100 di sini, semalam.

Menurutnya, sepatutnya wang ihsan itu diperolehi sebelum pelajar melanjutkan pengajian tetapi kelewatan itu diakui akibat banyak nama yang bertindan sehingga JPP terpaksa membuat penyelarasan dulu.

Katanya, pihaknya berkeyakinan masih ramai lagi nama pelajar yang tertinggal dan akan memastikan mereka akan memperolehi sumbangan itu dalam masa terdekat.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan bencana alam RM14,000 kepada empat menerima yang mengalami rumah terbakar dan dilanda rebut.

Dali berkata, semua bantuan itu diberikan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik dan ia adalah jaminan Kerajaan Pusat supaya setiap lapisan masyarakat dapat mengecapinya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Umno Parlimen Pengkalan Chepa membantah pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
  • KOTA BHARU - Ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) digesa mengenal pasti potensi mereka, bukan menyembunyikan kekurangan atas dasar malu kerana golongan itu sebenarnya boleh berdikari dan menjana pendapatan sendiri.
  • KOTA BHARU - “Yang utama prinsip hidup saya, tidak tinggal solat, menggunakan seluruh masa untuk belajar dan membaca al-Quran bagi memastikan keputusan PT3 cemerlang.
  • KOTA BHARU - Kastam Diraja Malaysia Kelantan menahan tiga lelaki dan merampas 5,700 karton rokok seludup bernilai RM728,460 yang disorokkan dalam lapisan kayu dalam serbuan di Kampung Telaga Ara, Gunong, Bachok, semalam.
  • KOTA BHARU - Perlaksanaan Program Latihan Akademik dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Empower (ECER) sepanjang tahun 2017 telah dimanfaatkan oleh 1,200 pelajar terpilih, melibatkan 39 sekolah di negeri ini.