MERANTI – Penduduk di sini, meminta pihak berkenaan membaiki segera jalan Banggol Che Musa ke Cherang Meranti yang rosak.

Penduduk, Mohamad Awang, 67, berkata, hanya 70 meter jalan berkenaan dipenuhi batu kasar sebaliknya 300 meter jalan lain tidak dibaiki.

Menurutnya, tidak wajar sekiranya hanya separuh jalan dibaiki manakala selebihnya dibiarkan rosak.

“Saya rasa dah terlalu lama jalan utama ke Meranti Pasir Mas dan Kampung Banggol Che Musa ini tidak dibaiki.

"Jalan ini digunakan ratusan penduduk di Kampung Banggol Che Musa dan kampung sekitar,” katanya.

Disebabkan hanya sebahagian kecil jalan dibaiki, Mohamad berkata, ia turut menjejaskan perjalanan penduduk yang terpaksa menggunakan laluan alternatif ke Pak Jintan dan Machang Gochoh.

Menurutnya, penduduk berharap jalan ini dibaiki dengan segera sebelum PRU14 memandangkan laluan tersebut akan dilalui pengundi ke pusat mengundi kelak.

Malah katanya, sesuai dengan keperluan pengguna ketika PRU kelak, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk dan anak-anak perantauan yang akan pulang tidak lama lagi.

Hadir sama melihat jalan itu, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Meranti, Ahmad Anuar Husin.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GUA MUSANG - Lebih 600 penduduk di Kampung Pasir Linggi dan Kampung Susu Dara mengeluh apabila projek jalan perhubungan antara dua kampung itu didakwa tidak mengikuti piawaian.
  • KUALA ROMPIN - Kira-kira lebih 20 orang penduduk Taman Nusa Puteri, di sini, sepakat menampal jalan rosak atau berlubang di taman perumahan itu dengan simen secara bergotong-royong.
  • MALIM NAWAR - Penduduk Kampung Tualang Sekah, di sini meminta projek pengambilan bahan batu pasir yang dilakukan sebuah syarikat kontraktor lantikan, sejak enam bulan lalu, disegerakan bagi mengelak lebih banyak kemalangan berlaku.
  • BACHOK - Laluan dari jambatan Kada Kampung Pak Koja ke Kampung Mak Lipah, dekat sini, yang berlubang dan berlopak akibat hujan lebat hujung tahun lalu bertambah baik selepas projek membatu, baru-baru ini.