KUALA KRAI - Hampir 50 peratus daripada 5643 peserta E- Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kelantan telah mendaftar I - Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) bagi membolehkan mereka menerima insentif daripada kerajaan.

Pegawai khidmat Nasihat  Persaraan KWSP, Mahmud Mohd  Yassin berkata, insentif jangka panjang berjumlah RM480 setahun akan dimasukkan terus ke akaun ahli berdaftar.

"Manfaat diterima adalah sama seperti pencarum KWSP lain apabila mereka boleh mengeluarkan caruman untuk tujuan pendidikan, pergi haji dan untuk tujuan kesihatan.

"Untuk itu kita menyasarkan dapat mendaftarkan kesemua ahli dalam senarai E-Kasih JKM dalam masa terdekat," katanya ketika mendaftar 110  peserta E-Kasih Dun Mengkebang di Sekolah Kebangsaan Chenulang.

Turut hadir Pegawai Kebajikan Masyarakat Kuala Krai, Zulbahri Ibrahim.

Mahmud berkata, sekiranya berlaku kematian waris layak menerima  simpanan  pusaka yang akan diagihkan mengikut hukum faraid.