GUA MUSANG - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Wangi berjaya menghasilkan bendera sepanjang 50 meter sempena sambutan Kemerdekaan Negara ke-60.

Guru Kanan Sains dan Kemanusiaan yang juga penyelaras program, Zubaidah Mohd Ariffin berkata, bendera itu dihasilkan 200 pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 dan disiapkan dalam tempoh dua minggu.

“Seramai 200 pelajar terlibat di mana mereka dibantu guru-guru. Untuk tidak mengganggu waktu pembelajaran, kita hanya terlibat dalam aktiviti ini pada waktu rehat dan subjek Pendidikan Seni Visual saja.

“Rata-rata pelajar terlibat teruja untuk menyiapkan bendera ini di mana ia merupakan rekod baharu buat sekolah dalam penghasilan bendera terpanjang.

“Malah apabila siap, bendera ini terus digantung di pagar perkarangan sekolah bagi menghargai hasil penat lelah pelajar dan guru terlibat,” katanya selepas Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan, semalam.

Majlis yang disertai kesemua pelajar dan guru itu dirasmikan Ketua Pemuda Umno, Sheikh Razali Sheikh Hamad.

Antara acara turut disusun adalah bacaan puisi dan sajak oleh pelajar dan guru, nyanyian lagu patriotik dan penyampaian anugerah kepada pelajar.

Sementara itu, Sheikh Razali berkata, biarpun sekolah berkenaan mempunyai majoriti pelajar Orang Asli, kerjasama dan semangat perpaduan ditonjolkan lebih utuh.

“Difahamkan, 65 peratus daripada pelajar sekolah ini terdiri daripada masyarakat Orang Asli sekitar pos pedalaman di daerah ini.

“Semangat perpaduan dan kerjasama dalam menghasilkan program ini amat baik sekali. Inilah yang patut kita contohi di mana tiada perbezaan kaum antara kita dalam menyemai rasa cinta pada negara," katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Lebih 1,500 Jalur Gemilang digunakan untuk menghasilkan wau sepanjang 3,000 meter oleh seramai 645 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gelugor, di sini, sempena sambutan penutup Hari Kebangsaan 2017.
  • TRONOH - Sejak menetap di Rancangan Perumahan Awam (RPA) pada 1969, Aminah Itam Talib, 75, tidak pernah sekali terlepas memasang Jalur Gemilang di rumahnya.
  • SEGAMAT - Seramai 80 guru dan 1,100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, di sini, menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dengan menghasilkan Jalur Gemilang bersaiz gergasi iaitu 22 meter panjang dan lapan meter lebar.
  • KUALA LUMPUR - Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60, UEM Group Berhad (UEM Group), sebuah konglomerat berasaskan kejuruteraan infrastruktur dan perkhidmatan di negara ini, meneruskan tradisinya tahun ini dengan sekali lagi mengibarkan Jalur Gemilang di ibu pejabatnya di Mercu UEM.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.