TUMPAT - “Saya dah pindah rumah sewa lain tapi tak dapat lagi nak beli apa-apa,” kata Mohd Zaki Ishak, 38.

Mohd Zaki tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewanya di Kampung Alor Pasir Wakaf Bharu musnah dalam kebakaran 21 Julai lalu.

Bagaimanapun nasibnya terbela apabila menerima sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebanyak RM2,000.

Mohd Zaki bersyukur di atas sumbangan zakat ini kerana dapat merealisasikan impiannya untuk membeli kelengkapan rumah.

“Saya pindah di Kampung Kelaboran, menyewa di sana RM180 sebulan.

“Mujur ada bantuan ini, dapatlah  beli kelengkapan rumah, pakaian anak-anak seramai tiga orang nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kebakaran itu, jeritan anak Mohd Zaki menyelamatkan empat beranak itu daripada rentung.

Kebakaran kira-kira jam 1.30 tengah hari itu menyebabkan penghuni di dua rumah sewa tersebut tinggal sehelai sepinggang.

Penyerahan sumbangan zakat kepada Mohd Zaki disempurnakan Timbalan Yang Dipertua (Maik), Dr Nik Azlan Abd Hadi.

Nik Azlan berkata, Maik membelanjakan RM102.5 juta duit zakat bermula Januari sehingga semalam.

“Perbelanjaan tahun ini lebih besar berbanding tahun lalu.

“Ini menunjukkan wang zakat yang dibayar oleh orang ramai disalurkan kepada pihak sepatutnya iaitu golongan asnaf,” katanya.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana wang zakat mereka diagihkan sebaiknya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Sejumlah RM1.5 juta dana wakaf diagihkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) kepada masjid, surau, tanah perkuburan dan tadika Islam di negeri ini.
  • KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengajak umat Islam di negeri itu yang cukup haul selama setahun pada penghujung bulan ini menunaikan ibadah zakat sebelum tahun ini berakhir.
  • SHAH ALAM - Sirim Berhad merupakan senarai syarikat korporat yang menunaikan zakat perniagaan dengan jumlah paling tinggi di Selangor bagi tahun ini iaitu sebanyak RM1.4 juta.
  • SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan kempen #kongsirezeki sepanjang Disember sebagai usaha menyemai sifat prihatin dalam kalangan masyarakat terhadap golongan memerlukan di negeri ini.
  • KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2015 hingga 2017 daripada tujuh syarikat berjumlah RM2.8 juta di Istana Perak, Changkat Persekutuan, di sini hari ini.