MACHANG - Dua pemuda maut apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kampung Pertok, dekat Temangan,kira-kira jam 7.15 petang, semalam.

Mangsa, Tarmizi Mohd Zin, 32 dan  Mahyuddin Mustapha, 26 maut di tempat kejadian selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok getah.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Pangkal Jenereh ke Temangan itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, seorang lagi rakan mangsa yang juga penumpang belakang mengalami kecederaan ringan.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KANGAR - Dua remaja lelaki maut dirempuh sebuah kereta ketika menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis berhampiran jambatan Utan Aji dekat sini, malam tadi.
  • KUALA LUMPUR - Seorang konstabel polis putus tangan kiri dan patah tulang tengkuk selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Km1.4 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), di sini, hari ini.
  • GOPENG - [VIDEO] Seramai 12 penumpang sebuah bas ekpress dilaporkan cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 295.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, pagi tadi.
  • MUADZAM SHAH - Bapa bersama seorang anak perempuannya maut selepas kereta jenis pelbagai guna (MPV) yang dinaiki lima sekeluarga dari Simpang Renggam, Johor, itu dirempuh sebuah lori tangki.
  • ROMPIN - Dua maut manakala tujuh lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 102.8, Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, di sini, petang semalam.