MACHANG  - Ketua Jajahan Machang, Mohd Zainudin Mohamed, 56 meninggal dunia akibat penyakit jantung, petang tadi.

Allahyarham berusia 56 tahun meninggal dunia  di rumahnya di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu kira -kira jam 2 petang tadi.

Allahyarham yang sudah lama menghidap penyakit itu ,sebelum ini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian  selama beberapa hari  dan  dibenarkan pulang pada Jumaat lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bunut Payung, Kota Bharu pada jam 11 malam ini.

Allahyarham  yang mula bertugas di Machang pada 2015 meninggalkan seorang isteri  dan enam anak.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Teluk Bharu apabila jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Bota Kanan - Teluk Intan, tiba disini sekitar jam 7 malam, hari ini.
  • KLUANG - Seorang adik tidak menyangka gurauan abang keduanya, Muhammad Abu Dujanah Dzulkrinain, 30, ketika bercuti bersama keluarga di Kuala Lumpur menjadi kenangan terakhir sebelum nahas yang meragut nyawanya bersama isteri dan tiga anak di Segamat, semalam.
  • HULU SELANGOR - Jenazah Orang Besar Daerah (OBD) Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rasa kira-kira jam 10.30 malam tadi.
  • SUNGAI PETANI - Kanak-kanak menderita kanser otak tahap empat yang impiannya menaiki kereta BMW i8 ditunaikan, menghembuskan nafas terakhirnya, semalam.
  • JERANTUT - Selepas kira-kira setahun menderita kanser usus tahap empat, Mat Nasir Ismail, 48, meninggal dunia di kediamannya di Taman Ria di sini, kelmarin.