RANTAU PANJANG – Bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang, Mohamed Yaa’cob, 81, meninggal dunia, pada jam 11 malam kelmarin.

Anak, Afida Mohamed, 44 berkata, arwah bapanya, meninggal dunia di Teratak Firdaus Kampung Banggol Kulim, akibat penyakit, strok.

Menurutnya, arwah menderita sejak 2 tahun lalu, meninggalkan seorang isteri, tujuh anak dan 21 cucu.

“Arwah bapa disemadikan di Kubur Rantau Panjang 2 petang tadi.  Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya dahulu, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim turut menyatakan simpati kepada keluarga Allahyarham, ketika menziarahi jenazah sejurus menerima berita berkenaan, malam kelmarin.

Arwah merupakan Ahli Parlimen BN dari 1986 hingga 1990.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.