KOTA BHARU - Satu mayat bayi perempuan ditemui di parit belakang sebuah rumah di Kampung Atas Pengget, Dewan Beta, tengah hari tadi.

Mayat dijumpai Mat Jusoh Awang, 54, ketika ingin ke tandas rumahnya pada jam 1 petang.

Mat Jusoh berkata, ketika kejadian dia pulang dari tempat kerja untuk memberi biri-birinya makan sebelum ingin ke tandas yang terletak di belakang rumah.

“Mula-mula saya sangkakan anak patung, namun tergaman selepas diamati mendapati mayat itu adalah bayi.

“Saya tidak jadi membuang air, sebaliknya terus menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan penemuan mayat.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasatan.