BACHOK – Seorang ibu cacat penglihatan (OKU) dan strok kini dijaga dua anak perempuannya yang lembam selepas kehilangan ketua keluarga beberapa bulan lalu.

Wan Fazilah Wan Yusof, 57, mempunyai empat anak, Muhammad Afzainizam Che Ibrahim, 23, Muhammad Izzat Farhan, 20, Nur Farah Izzati, 18, dan Nur Fatin Inani, 12.

Wan Fazilah berkata, bagaimanapun Nur Farah dan Nur Fatin adalah OKU fizikal dan lembam.

Katanya, dia lumpuh separuh kanan badan akibat strok lapan bulan lalu.

"Saya hanya mampu terbaring, anak-anaklah yang jaga lepas kematian suami (Che Ibrahim Che Leh, 52) akibat pendarahan otak beberapa bulan lalu.

“Suami juga OKU fizikal, terpaksa berhenti kerja untuk jaga saya. Malangnya dia pula meninggal dunia menyebabkan hidup kami makin terhimpit," katanya.

Menurutnya, mereka kini mengharapkan anak kedua, Izzat yang bekerja kampung di Terengganu bagi menanggung perbelanjaan harian.

“Bila Afzainizam pergi belajar, kami bertiga yang OKU sajalah yang ada di rumah ini, harapkan makan minum jiran tetangga dan saudara sahaja yang hulurkan,” katanya.

Dia ditemui di rumahnya di Kampung Padang, Jalan Nakhoda Saamah ketika menerima sumbangan bantuan pesakit kronik disampaikan Penyelaras Dun Perupuk, Datuk Dr Ilias Husain, baru-baru ini.

Wan Fazilah berkata, dia memerlukan belanja besar untuk membeli lampin pakai buang, kos ubat selain perlu menanggung pelajaran anak sulungnya, Afzainizam yang juga pelajar semester ketiga jurusan pendidikan biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dia bersyukur kerana saudaranya, Siti Noraiha Mahmud, 50, sering membantu memandikannya dan melihat keadaan mereka.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI UDANG - Walaupun menghidap pelbagai jenis penyakit namun masih mampu menjaga suaminya yang terlantar sakit diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu.
  • KUALA KRAI - Seorang pemilik kilang kayu dari Kampung Peria, di sini, bermurah hati mengagihkan sebanyak 450 kampit beras kepada penduduk kampungnya, semalam.
  • BUKIT JERING - Hasrat seorang warga emas, di sini, untuk menukar kerusi roda baru termakbul apabila menerima sumbangan daripada Adun Kuala Balah, Datuk Abd Aziz Derashid.
  • SETIU - Bergelar OKU bukan halangan untuk memiliki kerjaya sendiri apatah lagi mempunyai kemahiran dalam seni mencanting batik.
  • BUKIT SENTOSA - Akademi Tahfiz Al Hira menawarkan pembelian minyak masak terpakai dengan harga RM1.50 sekilogram bagi tujuan kitar semula menghasilkan biodisel.