KOTA BHARU - Lebih 40 keluarga di pesisir pantai Bachok dan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini terpaksa bersengkang mata apabila rumah mereka digenangi limpahan air laut selama tujuh jam berikutan fenomena air pasang besar diikuti ombak besar.

Di Bachok, kawasan yang terlibat ialah Kampung Pantai Damak, Kampung Perupok, Kampung Kubang Golok, bandar lama Bachok berhampiran Pantai Irama, Kampung Tok Burung dan Kampung Tanjung Chat.

Sementara itu, beberapa kawasan riadah di PCB turut musnah dipukul angin dan ombak besar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam.

Seorang penduduk Kampung Kubang Golok, Ahmad Azim, 39, berkata, kejadian ombak besar itu merupakan kali pertama dalam hidupnya sepanjang menetap di kampung tersebut sejak 10 tahun yang lalu.

Katanya, penduduk mula bertindak menyelamatkan barangan penting dalam rumah masing-masing sebaik sahaja limpahan air masin mengalir masuk menerusi ruang dapur rumah mereka.

”Mengikut cerita orang tua, ini kali kedua fenomena ini berlaku sejak 63 tahun dan kali ini lebih besar berbanding pada tahun 1948,” katanya.

Menurutnya, angin kencang dan ombak besar bermula pada jam tujuh malam yang menyebabkan limpahan air masin sedalam di antara 0.2 hingga 0.4 meter masuk kediaman penduduk setempat.

Peniaga di PCB, Hafi Abd Rahman, 29, berkata, sebelum ini fenomena angin dan ombak melanda sejak dua hari yang lalu, namun tidak menyangka ia sebesar apa yang berlaku malam kelmarin.

 “Penduduk pesisir pantai yang biasa menghadapi masalah tiupan angin kencang ini sudah membina pengadang angin menggunakan susunan daun kelapa namun terjahan kuat menyebabkan usaha mengurangkan gegaran ini gagal,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 1 pagi mendapati sebahagian besar penduduk bandar Bachok berkumpul berhampiran pusat peranginan Pantai Irama menyaksikan ombak besar.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Pembahagian kerusi parlimen Pakatan Harapan (Harapan) di negeri ini hampir selesai sementara penyusunan kerusi peringkat Dun dikatakan bermula minggu ini, kata Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa.
  • KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mahu Fakulti Seni Bina dan Ekistik membawa kelainan dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri Keempat.
  • KOTA BHARU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri menunggu laporan mengenai nasib lima beradik berusia sembilan hingga 11 tahun yang di rumah uzur di Kampung Paloh, Pintu Geng, yang diserahkan kepada jabatan itu.
  • KOTA BHARU - Bagi membantu meringakan beban yang ditanggung pendikir tersohor Kelantan, Nordin Yusoff, 56, atau lebih dikenali sebagai Megat Nordin, akibat penyakit kanser hati tahap 4, satu persembahan dikir barat amal akan diadakan malam ini.
  • KOTA BHARU - Dua belas pengetua sekolah tahfiz di Kelantan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap peruntukan diberikan oleh kerajaan terhadap 28 institusi pengajian tahfiz, baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.